Tiap Pengedar bebas shaklee mesti ada kisah tersendiri macamana dorang bole terjebak join shaklee ni. Antara sebabnya, ada yang nak bantu keluarga, ada yang kesihatan kurang mengizinkan, jupe shaklee maka jupe penyelesaian. Tak kurang juga yang nak cari kawan perniagaan.
Tapi kisah Qiqi kenal shaklee memang berbeza dari yang lain. (macam iklan seng heng, beza memang berbeza) 😀 Kisahnya bermula masa di tempat keje lama,sahabat baik Qiqi merupakan pengamal shaklee yang rajin beli melalui online. Mula2 dulu dia ada juga offer try esp masa tu. Kita pun rasa la sikit. Dalam hati oh, camni rasa esp ni. Then berlalu begitu sahaja.
Tiba satu hari, masa tu minggu mengaudit keje2 harian, jupe sorang ni founder jutasihat enterprise. Sahabat yang tadi tu punya excited. Katanya dah kenal mum Zeti ni senang sikit nak order. Tak payah beli online lagi. Rupanya dia ada agenda! ☺ Balik mum Zeti terus dia masuk jarum. Katanya, qis jadi la ahli senang kitaorg nak beli dari qis. Tak payah susah2 order online. (Zaman tu shaklee branch KL kat wangsa maju. Sekarang dah pindah di Sri rampai.) Kata sahabat tu tadi, takpe kitaorg support qis padu2 dan memang beli ngan qis je lepasni.
Lepas beberapa pikir punya pikir dan bincang punya bincang ngan mum Zeti, baik buruk tambah tolak kali bahagi Qiqi setuju daftar keahlian jadi Pengedar bebas shaklee bermula Disember 2012. Ape lagi orang yang paling seronok sahabat Qiqi tu la. Apa pun Qiqiberterima kasih kat Intan sebab kalau bukan idea Intan dulu, qis tak jadi macam sekarang. 🙌 Juga ucapan terima kasih tak terhingga kepada mum Zeti, maktokbos farihah (surijunior) dan Mia & MD (s2u) yang selalu dan banyak support dan share pelbagai info berkaitan shaklee, motivasi dan paling penting aspek kerohanian. Tqvm semua terlibat. 🙋
Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)