Mamaku Yang Tercinta Pergimu Kami Redha Semoga Tenang Di Sana I Qaivitaminlandkl

Tengok tumbler crystal blue shaklee, teringat kepada Yuzu, sahabat yang dah 4 tahun lebih kenal. Tabah,survival dan garang orangnye. 😀 Dugaan, jangan cakap la. Macam2 yang dia lalui dengan slumber. Bermula dengan pengsan di lrt masjid jamek time pregnant first baby beberapa tahun ke belakang, dugaan dengan bos, terkini emak kesayangan dijemput pulang ke Rahmatullah. 

Baru2 ni kami dikejutkan dengan emak Yuzu di tahan di wad akibat apendiks. Tak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan penyakit jantung dan komplikasi hati. Setelah beberapa jam pembedahan selesai, Alhamdulillah emak Yuzu sedar. Selang dua dapat msg dari Yuzu berbunyi, 'qis berjasa betul tumbler shaklee biru ko ni, senang nak sukat air kat mak aku. Bekas lain xde bacaan ml tu'. Alhamdulillah, ada kegunaan juga tumbler crystal blue shaklee tu rupanya. 

Panas dijangka sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari, selang 3 malam, kami dapat berita emaknye dah kembali dijemput Allah. Terus teringat baru dua, tiga hari lepas dok msg2 tanya perkembangan. Allah Maha Mengetahui segala rahsia. Allah hanya akan menguji sesuai dengan kemampuan hambaNYA. 

Keesokkannya, kami (bersama Wan Bay)pergi ziarah family Yuzu dengan debaran. Tiba di pintu surau,kami di sambut anak sulungnya yang berusia 4tahun. Mencari kelibat Yuzu dan setelah ketemu, kami bertiga berpelukan dan menangis bersama. 😢 Yuzu memang kuat,kata yang keluar dari mulut setelah mengucapkan terima kasih atas kedatangan kami - aku Redha mak aku pergi cuma anak sulung duk menangis cari ibu (panggilan kepada mak Yuzu). Saat menulis ni pun masih menitik air mata.. Tak dapat nak bayang kalau kita di tempat dia. Aku faham coz setahun lepas aku juga kehilangan nenek tersayang yang aku rapat. Lama kami lepak sehingga selesai upacara pengkebumian sebelum kami pulang sambung keje2 tertinggal tadi.

Kepada yang masih punyai mak ayah,sayangi dan jagalah selagi hidup. Pada yang keduanya telah pergi bertemu Ilahi, berdoalah untuk mereka. Salam takziah dari kami dan semoga lebih tabah dengan dugaan ini. 




Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)