Sape sini ada baca Berita Harian cerita wanita dibenar masuk tanpa mahram pada ? Qiqi share dengan korang ape cerita yek. Berita baik lagi menggembirakan ni berbunyi "Jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) memaklumkan bahawa wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke ArabSaudi guna visa pelancong baq hang. Tapi kalau wanita umur 25 tahun ke bawah masih lagi perlu ditemani ahli keluarga atau mahram, baru boleh masuk Arab Saudi." - Agensi (Arab News). Jadi bolehlah start kumpul duit, berdoa dan bertawakal semoga kita antara yang dijemput Allah menjadi tetamunya.
Alhamdulillah bulan Ramadhan 2017 lepas, Allah izinkan Qiqi dan family sekali lagi melaksanakan umrah bersama. (Syukur, rezeki dapat penuhi hajat parents Qiqi yang nak laksanakan umrah bulan Ramadhan). Pengalaman Qiqi, bulan Ramadhan kat sana Subahanallah indah tak terkira. Rasa nak repeat lagi. Umat Islam dari seluruh pelosok dunia memang ramai ya amat. Saf dalam masjid sape cepat sejam maka boleh pilih saf depan. Kalau lambat alamtnya sembahyang atas lantai dan berhimpit ngam2 untuk sujud macam situasi kat Raudhah. Paling tak dapat lupa time nak iftar, bila kita masuk masjid, berebut2 assistant mak2 Arab offer kita iftar kat tempat dorang dalam masjid. (masa tulis ni pun sebak rasa di dada, menitik air mata rindu Mekah Madinah) Padahal kita dah standby kurma dan air zam2 je coz plan asal nak balik hotel untuk makan lepas selesai sembahyang maghrib.
Qiqi, mak Qiqi dan Adik Qiqi pun masuklah ikut assistant mak Arab duduk kat tempat yang dimaksudkan. Kami duduk je, maka assistant mak Arab tu tebar plastik shell out. (dalam hati fikir, uiks tunggu kami ke nak bagi cukup korum). Dan kami bertiga sahaja Melayu, (orang dari Malaysia / Indonesia ni dipanggil Melayu kat sana, sebab cakap Bahasa Melayu kot) lain2 yang duduk sekali dengan kami tu dari Turki ada, India ada, Nigeria ada. Cara jiran sebelah Qiqi macam nak berkomunikasi, tapi kami mampu sengih dan guna bahasa isyarat je la coz Qiqi tak fasih bahsa Arab, dia tak fasih bahasa Inggeris. 5 minit sebelum masuk waktu, kami dibekalkan dengan kurma 7 biji, Air zam2 sejuk satu cawan, roti serat buatan sendiri, yougurt satu bekas yang dimasukkan dalam plastik (nak makan kat masjid boleh, bawak balik pun boleh). Lepastu kami diberi satu cawan teh herba Arab bagi yang request. Azan je makan ala kadarisman, then sembahyang sunat,maghrib kat tempat kami makan beradab tadi lepas plastik shell out tu digulung.
Tu cerita kat Masjid Nabawi. Sama juga macam kat Masjidil Haram. Masa terawih pun ramai, sampai termuntah2 manusia kat luar masjid. Azan subuh berkumandang 2 kali tapi korang jangan panik coz azan pertama nak kejut sahur (kat Malaysia pun ada negeri yang amalkan ni) dan azan kedua nak seru korang sembahyang subuh. Pengalaman Qiqi kat Mekah plak, masa tu nak sembahyang zohor, kami masuk masjid 30 minit sebelum masuk waktu, pusing2 cari saf penuh coz umat ada yang berzikir, ada yang baca Al Quran, ada yang bergelimpangan baring dalam masjid, bulan puasa kan Sekali sorang mak Arab ni panggil sembahyang sebelah dia. Alhamduliallh ada jugak yang prihatin. Sempat la Qiqi berkenalan dengan dia. Katanya telekung Qiqi cantik beli mana dan kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Qiqi tulis nama instagram yang jual tu coz hawa (jual telekung) takde fb. Dia plak takde instagram. Then kami bertukar2 fb untuk mudahkan Qiqi bantu dia beli telekung tu. Rupanya dia pun pakai telekung masa sembahyang, ingatkan dorang berjubah je. Dia adalah Nora Haj Chaib dari Algeria. Alhamdulillah sampai sekarang kami bermesej2 guna fb messenger dan Nora ada like pic yang Qiqi post. Tu antara pengalaman Ramadhan di tanah Arab.
Bulan puasa ni rasa lapar tu kurang, dugaan tekak rasa kering lepas tawaf dan saie. Tapi ada je hamba Allah yang hulur tisu lepas dia spray muka kita dengan air zam2 (lelaki sahaja yek) time sedang ber saie. Kalau korang tanya ape bekalan vitamin yang Qiqi bawak kat sana. Qiqi bawak bersama Herbal blend kami sefamily guna sebagai losyen harian elak kulit kering. Performance drink amik masa sahur InsyaAllah bantu salur tenaga masa laksanakan umrah. Nutriferon dan Vitamin C untuk bantu kuatkan imun badan. (vitamin c ni juga untuk kurangkan kesan sunburn) dan Ostematrix untuk bantu kurangkan kejang kaki, sendi dan tulang. Sape nak pergi, item2 ni Qiqi suggest di bawa bersama untuk cover ape yang patut. Uiysemen rindu sudah suasana ni. Qiqi doakan semoga korang yang baca termasuk Qiqi yang tulis direzekikan Allah dijemput ziarah ke Tanah Suci.
Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :
Home » Unlabelled » Pengalaman Umrah Bulan Ramadhan 2017 Qiqi Bersama Keluarga dan Shaklee I Qaivitaminland
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)