Jerawat Selesai Dalam Sebulan Dengan Konsisten Vitamin C Shaklee l Qaivitaminlandkl

Dengar je perkataan jerawat korang mesti rasa tak berapa nak syok nak cite kan? Korang tau tak yang sape ada jerawat tu normal? Tak kisah la jerawat batu ke, jerawat kayu ke, jerawat nasik ke or jerawat laksa ke. Ha, tapi yang tak berjerawat tu agak abnormal. Selalu jerawat ni akan keluar dengan sihat dan jayanya lebih kurang bila umur korang 12 tahun ke atas dan bila akil baligh. Tak kira lelaki ke wanita ke sama je.
Qiqi nak share la yang masa form 2 pun Qiqi rasa benda yang sama macam korang. Jadi sama je, no worries. Jerawat yang hinggap kat muka Qiqi ni jenis jerawat nasik halus. Punya syok dorang tumbuh melata area dahi (T zone – tempat minyak banyak orang kata bole wat goreng tu la), dagu dan pipi. Masa tu nak wat camne redha je la. Zaman blaja kat sekolah dan U kan banyak mikir, dok hostel lagi, ada orang kata air tangki kurang bersih. Bila start keje pun still ada jerawat Cuma tak semeriah masa blaja. Agaknya dah puas keluar tu yang umur naik dorang kurang – factor usia. Qiqi jenis makan tak pantang, makanan pedas, berminyak, kacang sume ngap yang penting halalan toyyiban.

Tu zaman tak kenal Shaklee lagi. Once dah kenal Shaklee dan Qiqi pun berkenalan ngan vitamin c, Qiqi konsisten amik Alhamdulillah kulit become better dari dulu. Bukan kat kulit muka je Alhamdulillah satu badan sekata. Masa belum kenal macam – macam jenis produk kecantikan kat farmasi jenis krim / gel / susu yang Qiqi dah try tapi belum berkesan dengan baik. Banyak gak duit habis wo nak kasi settle problem tu. Plus tona kulit tak sekata dan pori – pori besar kat muka Qiqi. 3 in 1 tu. Korang setakat jerawat dah pening satu badan. Penah one time tu Qiqi try satu product kulit jadi kering mengelupas, gelap bertapuk dan tegang. Tapi tu kisah dulu, sekarang tidak lagi. Penah gak ada sorang mat ni sound depan lif time orang tangah ramai ‘weh ko pakai ape dah elok muka ko. Kalau tak dulu macam kertas pasir’. Kurang pengajaran betul bila ingat balik.

Qiqi bermula dengan amik esp untuk pulihkan kulit dari dalam. Healing crisis memang ada, Qiqi sabar sikit la nak kesan elok long term kan. Then Qiqi amik vitamin c untuk pulihkan parut dan kecutkan jerawat. Bukan untuk kulit je Alhamdulillah imun badan pun semakin kuat kurang demam selsema.


Baru – baru ni ada sorang membe yang QIqi kenal masa Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 haritu tanya Qiqi amik ape kulit nampak takde masalah. Padahal dia tak tau sejarah kulit Qiqi camne. (Cite ni exclusive dalam ni je Qiqi share, tak penah keluar lagi kat mana – mana. Hehe). Qiqi pun share experience dan ape yang Qiqi amik kat beliau. Ye la benda baik kita share coz nak join hepi sama bila tengok orang lain hepi. Dipendekkan cite beliau setuju nak try esp+vitamin c+alfafa. Terjadi healing crisis pada beliau, Qiqi advise untuk lebihkan pengambilan air masak dan teruskan jangan stop terus. Beliau ada resdung, jadi pakat – pakat keluar la yang bertahun simpan dalam badan tu. Lepas sebulan Qiqi pantau, Alhamdulillah masa beliau send pic, Qiqi tanya pakai bedak ape nampak lain. Beliau dengan hepi bagitau konsisten vitamin c akak la. Qiqi rasa syukur + hepi sama – Mission accomplished. 



Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)