Bagaimana Kami Menghubungkan Anda Kepada Hidup yang Sihat l Qaivitaminlandkl

Nowadays, macam - macam jenis dan nama supplement yang kita dengar. Penyakit tu penyakit ni, penyakit begitu penyakit begini. Tapi persoalannya kenapa kita kena amik supplemen ni? Kalau korang perasan, kita sekarang dalam dunia yang sedang menuju ke arah teknologi sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar. Dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat ( bukan semua yang hidup dalam keadaan serba pantas dan terkejar sana sini menjadikan badan kita perlu dos yang lebih bagi sesetengah nutrien. Kebanyakan rakyat Malaysia pulak memang tak boleh nak elak makan ikut selera bukan ikut kesihatan. Senang cite nak kejar masa punya pasal kita makan makanan segera yang tinggi kandungan garam, gula, perasa dan pewarna. Untuk pengetahuan korang, pengambilan kafein yang berlebihan mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan. Buah - buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar pun salah satu punca penyumbang kepada kehilangan nutrien dalam makanan.

Qiqi rasa (bukan Ella rasa ek) korang mesti tak berapa nak perasan kesan kekurangan nutrisi boleh tingkatkan risiko kesihatan kan? Kalau korang nak tau, kurang nutrisi ni boleh akibatkan penuaan pramatang, lesu, senang dapat penyakit/jangkitan, rambut gugur, osteoporosis dan masalah kulit.

Untuk atasi masalah - masalah ini, pemilihan supplemen yang selamat, berkesan dan mesra alam sangat penting bagi meneruskan kesinambungan hidup secara sihat. Jenama ape yang korang nak pilih terpulang kepada individu, tepuk dada tanya iman.     Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)