Bermula tahun 2013 sunyi sepi tiba tahun 2018 aktif balik l Qaivitaminlandkl

Disember 2012, Qiqi bermula dengan offline Sharing pasal Shaklee ni (istilah sellers bagi yang menjual/promote secara verbal. Tu pun bff Qiqi yang bagi support padu – padu untuk Qiqi join Shaklee. Setahun kemudian, Mum Zeti Aktar Salim (founder Juta Sihat) dan Master Maktokbos Farihah (founder Surijunior) galakkan Qiqi try online. Masatu Qiqi dah wat rupanya blog ni tapi sebab penin ngan setting, link, coding blog jadi Qiqi stop tengah jalan. 

Qiqi start sharing pasal Shaklee kat Instagram. Lepas 4 tahun Qiqi berjinak – jinak lak ngan ‘muka buku’ –fb then sharing pasal Shaklee plak kat situ.  

Sampailah tahun 2018 ni, hati Qiqi tergerak join cabaran vivix 40 hari yang Master Dosh organize (5 botol vivix bagi 5 pemenang menanti peserta yang join). Tapi syarat nak join kena ada BLOG dan fb pages. Fb pages memang Qiqi dah ada, tapi blog lak nk kena create. Masa register emel untuk blog, POM keluar blog sediada yang Qiqi dah wat 5 tahun dulu. La ada dah blog rupanya tapi bersawang tebal baq hang. Dari situ Qiqi start published, tukar theme dan Alhamdulillah hasilnya blog ni ha yang korang baca. Tqvm MD (Master Dosh dan MIA – Master Iffah Anuar wife MD founder S2U Family) yang jadi pencetus Qiqi aktif balilk blog asbab join cabaran. 

Tapi yang paling penting, Allah yang gerakkan hati Qiqi di mana hati milik Allah. Tanpa izin Allah tak jadi sampai camni. Cabaran tinggal lagi 3 hari untuk sampai ke penghujung. Korang warga blog tolong doakan kejayaan Qiqi yek. Qiqi gak nak ucap tq yang tak terhingga atas kesudian korang luangkan masa baca celoteh Qiqi yang amatur kat blog ni. 




Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)