Betapa bersyukur dan bertuah Qiqi dapat bersama - sama dalam team Shaklee yang supportive dan bantu antara satu sama lain. Pertolongan datang tak kira umur, negeri asal dan tahap pendidikan. Semalam team kami sempat share sedikit pengalaman pesakit diabetes dalam usia muda. Kisahnya begini..
Bila saya jumpa pesakit diabetes terutama sekali yang di diagnose pada umur muda (kurang dari 35 tahun), saya akan gali lagi cerita silam mereka..
Soalan wajib bagi memulakan mukadimah bersembang..
Bole share tak apa yang korang makan seharian sampai boleh dapat diabetes pada umur yang muda...
Kisah benar berbunyi begini...
1) Umur 30 tahun - kerja menjual nasi lemak. Hari - hari secara purata akan minum 1.5 liter teh o sepanjang bekerja. Telah mengamal gaya hidup sebegini sejak 4 bulan lepas sehingga disahkan diabetes.
2) Umur 31 tahun - eksekutif. Gaya hidup suka minum coolblog dan chatime ( seminggu sekurang - kurangnya ), kek seminggu sekali, seminggu sekali amik aiskrim dan coklat diambil lebih kurang hari - hari.. Cukup 8 bulan didiagnose hidapi diabetes.
3) Umur 27 tahun - jurutera. Memang suka minum cokedan boleh dikatakan 4-5 tin semiggu. Frappucino Starbuck semasa lepak / keluar dengan kawan - kawan. 6 bulan kemudian didagnose penghidap diabetes.
Clearly, cara pemakanan kita amat mempengaruhi kesihatan kita semua. 3 contoh kisah benar di atas menjadi norma masyarakat sekarang. Tak sampai setahun, klu begini cara yang diamalkan, berpotensi cerah untuk dapat diabetes.
Coconut shake double scoop ice cream eith whip cream, burger bakar with triple cheese, milkshake with extra nutella coklat dan coklatsprinkle cakoi peanut butter.
Sedap memang sedap tapi turut menyumbang kepada slowly killing yourself.
Please.. please.. please.. Kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, jangan terkejut andai korang tengok klinik diabetes saya akan dibanjiri pesakit muda diabetes.
Sumber : Dr Ain Mohd Ghazali
Tqvm Dr Ain atas sharing yang amat bermakna dan boleh dijadikan sumber inspirasi dalam pemilihan makanan.
Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :
Home » Unlabelled » Pengalaman Ngeri Usia Muda Bukan Penghalang Diabetes bermula dari Gaya Hidup l Qaivitaminland
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)