Aktiviti Wajib Dalam Seminggu Melayan Permintaan Pelanggan Melalui Pos l Qaivitaminland

Assalamualaikum warga blog sekalian. Korang mesti ada aktiviti dalam seminggu / hujung minggu yang korang suka buat kan.. Qiqi tau ada antara korang yang suka shopping, layan movie, join aktiviti extreme dan deco taman astakona dalam pagar rumah korang.. Qiqi pun suka menyopping tapi memborong kat Shaklee Sri Rampai. Membe Qiqi pun ramai yang kata susah nak tengok Qiqi menyopping kat mall, kalau pegi pun setakat teman dorang membeli dan belah. (Istilah menyopping ni Qiqi panggil - ukur satu bangunan mall / ukur jalan kat jalan TAR cari puci). Dan dorang pun admit Qiqi suka menyopping kat satu tempat je - Sri Rampai.

Lepas Qiqi menyopping kat Sri Rampai, aktiviti seterusnya mengepos. Tempat mengepos yang Qiqi paling suka pegi Poslaju Batu Caves coz service kat situ cargas dan staff pun helpful. Berbeza dengan rutin Qiqi mengepos sebelum ni, harini parcel nak dihantar jauh sikit la dari Malaysia. Nak hantar kat membe yang Qiqi kenal masa kat Mekah dulu - Algeria. (kalau korang ikut baca blog Qiqi dari awal then korang akan tau cite pasal membe Qiqi dari Algeria ni. Tapi kalau korang belum berkesempatan baca, then jemput scroll untuk tau pecite deh).

Tapi mana - mana seller pun memang akan buat aktiviti mengepos ni dalam seminggu. Berapa kali tu bergantung kepada asyuk dorang la. Kalau Qiqi pegi kat Batu Caves tu macam - macam gelagat sellers hado. Ada yang parcel berguni - guni. Ada yang berkotak - kotak. Tu yang layan tengok peel masing - masing. Bagi Qiqi itulah colours dalam dunia online biz. Qiqi doakan korang semua berjaya dalam bidang masing - masing dan sentiasa sihat dan selamat dalam lindungan rahmat Allah.




Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih :)